Khamis, 17 Februari 2011

MAJLIS TADARUS AL-QURAN PERINGKAT SEKOLAH, 2011

Pada 12 Februari 2011 yang lalu Panitia Pendidikan Islam dan Persatuan Pendidikan Islam SMK Abdul Rahim, Kudat, telah berjaya menganjurkan majlis Tadarus Al-Quran peringkat sekolah bagi tahun 2011. Anjuran ini telah diketuai oleh Ustaz Mohd. Sahibudin bin Said dengan izin tuan pengetua En. Abdul Wahab bin Maadah.
Program ini adalah bertujuan untuk mencungkil bakat para pelajar dalam bahagian yang dipertandingkan, menarik minat pelajar menyertai kokurikulum, melahirkan pelajar yang berani dan berwibawa dalam menghadapi cabaran dan memberi pendedahan tentang kaedah serta modul pengendalian program yang dianjurkan.
Panitia Pendidikan Islam ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada pihak pentadbir sekolah diatas sokongan. Begitu juga setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua AJK dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.
 Diharap semoga program ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang dan warga SEMEKAR boleh menimba manfaat daripada program yang diadakan.

Barisan hakim yang mengadili pertandingan.

Adik Mohd Hafiz Azfar peserta acara hafazan

Adik Shazaratul Dur peserta acara syarahan


Adik Mohd Izad bin Abdul Wahab peserta acara hafazan

Tiada ulasan: